Sun Protection 50 (SPF50)


Zarraz Paramedical mempunyai 2 jenis SPF50 iaitu :

1) SPF 50
2) SPF 50 ( Acne & Sensitive Skin)

Sun Protection SPF-50 sebenarnya adalah 'All In One' kerana ia mempunyai banyak kelebihan selain sebagai agen perlindungan matahari yang paling berkesan melindungi kulit 500 minit di bawah cahaya matahari. Dengan kandungan 3 gabungan khasiat iaitu vitamin E, bunga matahari dan jojoba ia juga bertindak sebagai perlindungan anti-oksida yang kuat. Mengandungi khasiat nutrisi di dalam raspberry yang mempunyai Anthocyanins membuatkan usia lebih muda 4 tahun juga anti-kanser.

Oleh itu Sun Protection SPF-50 dari Zarraz Paramedical ini adalah amat sesuai untuk kegunaan semua orang dari semua peringkat umur dan terutamanya kepada mereka yang sangat sibuk. Ia mampu memberi perlindungan menyeluruh, melembapkan kulit, menyamarkan kesan cela atau parut dan melambatkan proses penuaan.

Mengatasi Masalah Kulit Sensitif




Salah satu tanda kulit sensitif adalah kulit terasa gatal dan menjadi merah, terutamanya pada bahagian pipi, hidung dan dagu. Selain itu, sering juga diiringi dengan timbulnya jerawat, kulit kering, dan rasa pedih.

Selalunya kulit sensitif ini sangat peka dengan perubahan suhu dan bahan-bahan kosmetik tertentu dimana keadaan ini mengganggu kesihatan kulit.

Penggunaan beberapa jenis kosmetik yang mungkin mengandungi bahan aktif yang tidak sesuai dengan kulit, dengan penggunaan kosmetik yang terlalu berlebihan dan penggunaan dalam jangka masa panjang juga menggalakkan kulit menjadi sensitif.

Mereka yang mempunyai kulit normal juga tidak mustahil untuk berubah menjadi kulit sensitif jika sering berlebihan menggunakan produk-produk pengelupasan kulit dalam jangka masa panjang. Di mana lapisan kulit akan menjadi semakin nipis.

Akibat sering terdedah dengan sinaran UV daripada pancaran cahaya matahari dan bahan makanan tertentu juga boleh menjadi penyebab kulit sensitif . Sewaktu kulit terkena pancaran cahaya matahari yang terik, pembentukan struktur kolagen pada kulit menjadi tidak sempurna. Begitu juga dengan pigment dan melanin kulit yang membuat proses penuaan terjadi lebih awal sehingga kulit menjadi sensitif.

Sensitiviti kulit juga sering kali muncul akibat pengambilan bahan makanan tertentu. Mungkin badan seseorang itu alah pada sesuatu bahan makanan dan akan berlaku penolakan tubuh. Misalnya makanan pedas, makanan atau minuman yang mengandungi koko, cuka, kafein, alkohol dan sebagainya

Packaging Baru

Memperkenalkan 'packaging' baru Zarraz Paramedical yang dilancarkan pada 8 Jun 14 semasa Hi tea di Bangi Golf Resort.

Lebih Besar Lebih Puas!!!!!


Dulu 50 ml, tapi sekarang 120 ml 
a) Calming Cleansing Milk
b) Calming Cleansing Rose
c) Firming Cleanser
d) Refreshing Hydrating Lotion


Dulu 20 ml, sekarang 30 ml :
a) I-Moisturizer
b) Stem Cell Serum
c) Essence Sebum Gel
d) SPF50
e) SPF50 Acne & Sensitive
f) Stem Cell Sleeping Gel


Produk terbaru - Reshaping Body Gel

Nantikan !!!!!


Ada apa pada 8 Jun ni pada hari Ahad....sama -sama kita nantikan....semestinya berita yang sangat gembira buat anda di luar sana.

Tak sabar? Sabar ye lagi 2 hari anda akan dapat jawapannya.....

Pure Marine Collagen Zarraz Paramedical


Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.


Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I : terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II : tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III : reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  • Kolagen IV : membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V : permukaan sel, rambut dan uri.