Mengatasi Masalah Kulit Sensitif




Salah satu tanda kulit sensitif adalah kulit terasa gatal dan menjadi merah, terutamanya pada bahagian pipi, hidung dan dagu. Selain itu, sering juga diiringi dengan timbulnya jerawat, kulit kering, dan rasa pedih.

Selalunya kulit sensitif ini sangat peka dengan perubahan suhu dan bahan-bahan kosmetik tertentu dimana keadaan ini mengganggu kesihatan kulit.

Penggunaan beberapa jenis kosmetik yang mungkin mengandungi bahan aktif yang tidak sesuai dengan kulit, dengan penggunaan kosmetik yang terlalu berlebihan dan penggunaan dalam jangka masa panjang juga menggalakkan kulit menjadi sensitif.

Mereka yang mempunyai kulit normal juga tidak mustahil untuk berubah menjadi kulit sensitif jika sering berlebihan menggunakan produk-produk pengelupasan kulit dalam jangka masa panjang. Di mana lapisan kulit akan menjadi semakin nipis.

Akibat sering terdedah dengan sinaran UV daripada pancaran cahaya matahari dan bahan makanan tertentu juga boleh menjadi penyebab kulit sensitif . Sewaktu kulit terkena pancaran cahaya matahari yang terik, pembentukan struktur kolagen pada kulit menjadi tidak sempurna. Begitu juga dengan pigment dan melanin kulit yang membuat proses penuaan terjadi lebih awal sehingga kulit menjadi sensitif.

Sensitiviti kulit juga sering kali muncul akibat pengambilan bahan makanan tertentu. Mungkin badan seseorang itu alah pada sesuatu bahan makanan dan akan berlaku penolakan tubuh. Misalnya makanan pedas, makanan atau minuman yang mengandungi koko, cuka, kafein, alkohol dan sebagainya


Cara mengatasi masalah kulit sensitif

Bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif ini, usah bimbang kerana kami di Zarraz Paramedical boleh membantu memberi beberapa tips, cara mencegah dan merawatnya.

1. Gunakanlah pencuci muka yang lembut, suci bersih, 100% tanpa bahan kimia merbahaya, tidak mengandungi SLS (Sodium Laurel Sulfate), yang tidak mengeringkan serta mengelupaskan kulit. Di sini kami syorkan anda mengguna Calming Cleansing Milkdari Zarraz Paramedical.

2. Elakkan dari menggunakan penyegar wajah yang mengandungi alkohol kerana ia sangat bahaya terhadap kulit sensitif.

3. Jangan cuci kulit anda dengan menggunakan air panas atau air suam tetapi sebaliknya gunakanlah sahaja air paip yang bersuhu biasa atau normal.

4. Elakkan kulit anda dari terdedah lama di bawah sinaran cahaya matahari.

5. Untuk melindungi kulit dari bahaya sinaran UV matahari ini kami menyarankan anda menggunakan Sun Protection SPF-50 (Acne & Sensitive Skin) dari Zarraz Paramedical.

6. Banyakkan memakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C sebagai bahan anti-oksida.

7. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif serta diiringi pula dengan pertumbuhan jerawat, white head dan black head adalah disarankan untuk menggunaEssence Sebum Gel bagi mengatasi masalah ini.

No comments:

Post a Comment