Kelebihan SPF50 Zarraz Paramedical



Sun Protection SPF-50 sebenarnya adalah 'All In One' kerana ia mempunyai banyak kelebihan selain sebagai agen perlindungan matahari yang paling berkesan melindungi kulit 500 minit di bawah cahaya matahari. Dengan kandungan 3 gabungan khasiat iaitu vitamin E, bunga matahari dan jojoba ia juga bertindak sebagai perlindungan anti-oksida yang kuat. Mengandungi khasiat nutrisi di dalam raspberry yang mempunyai Anthocyanins membuatkan usia lebih muda 4 tahun juga anti-kanser.

Oleh itu Sun Protection SPF-50 dari Zarraz Paramedical ini adalah amat sesuai untuk kegunaan semua orang dari semua peringkat umur dan terutamanya kepada mereka yang sangat sibuk. Ia mampu memberi perlindungan menyeluruh, melembapkan kulit, menyamarkan kesan cela atau parut dan melambatkan proses penuaan.

Kelebihan utama produk :

  • Medium anti-oksidan terbaik.
  • Melindungi kulit anda daripada UVA & UVB selamat 500 minit.
  • Membunuh sel penyakit ekzema, psoriasis dan sel kanser.
  • Jaminan kulit kelihatan muda 4 tahun dari sebelum.
  • Pertumbuhan kulit baru. Menghilangkan freckles, pigmentasi TANPA sakit dan TANPA ada kesan buruk.
  • Kaya dengan Glycolic Acid & Ellagic Acid (Anti-kanser)

Bengkel Zarraz di Sabah

Salam semua....



Ini adalah gambar-gambar yang ingin saya kongsi ketika bengkel kecantikan yang berlangsung di Sabah pada 24 Mei 2014 hari sabtu.

Alhamdullilah..tahniah buat team Zarraz Paramedical kerana menerima seramai 100++ pengunjung. Makin ramai telah sedar akan menjaga kecantikan kulit dengan mengunakan bahan semulajadi.

Kerana anda semua perlu tahu Zarraz Paramedical adalah produk gabungan Ayurveda + Homeopathy + Reverse Anti Aging. Ia adalah berbeza dari skin care yang banyak jual di pasaran kerana produk ini adalah produk rawatan.

Program Smart Mobile SPA (SMS)

Program SMS batch ke 4 dan yang terakhir yang saya sertai pada 10 & 11 Mei 2014. Untuk batch yang ke 4 ni...kami semua 15 peserta yang terlibat. 

Kerana apa saya menyertai program ini??

Pertama sekali kerana saya memang minat dalam bidang ni...dari dulu lagi memang saya berangan klu ada peluang...memang saya nak menuntut ilmu pasal bidang ni seperti facial terutamanya. Program ini bukan semata-mata kita belajar facial saja...tapi ada juga belajar teknik2 urutan muka, plan pemasaran offline dan online dan cara menggunakan scanner kulit...dan belajar tentang kulit.

Setelah tamat kursus 2 hari ni....bukan berhenti di situ sahaja....kita akan di pantau dari segi kelas susulan iaitu coaching class selama 6 bulan supaya kami benar- benar mahir dalam bidang ini.

Saya pun setelah tamat kursus itu hari....saya telah bergerak ke sana ke mari untuk biz Mobile Spa ni....alhamdullilah kebanyakkan pelanggan-pelanggan saya sangat berpuashati dengan servis yang saya berikan.

Harapan saya....dengan adanya minat terhadap bidang ini....walau di mana saja saya berada dan akan pergi....saya tetap akan melakukannya.

Jenis Jerawat dan Cara Mengatasinya





BINTIK PUTIH (White Head)
Bintik putih atau white head merupakan comedon tertutup di mana liang yang tersumbat berada di bawah permukaan kulit dan menyebabkan dinding folikel tidak pecah. Bintik putih terbentuk di atas atau di bawah kulit dan akan timbul sebagai benjol berwarna kulit atau sedikit bengkak yang kemerah-merahan. Keradangan akne berlaku apabila bintik putih dijangkiti oleh bakteria dan menyebabkan ianya membengkak.

BINTIK HITAM (Black Head)
Bintik hitam atau black head merupakan comedon terbuka yang terbentuk apabila kulit mati dan sebum yang tersumbat menjadi padat di dalam folikel, dimana dinding kulit telah pecah. Bintik hitam akan berlaku apabila liang yang tersumbat ini membesar dan terbenjol keluar dari rongganya. Minyak dan sel kulit menyebabkan kulit kelihatan comot walaupun ia bukan kotoran. Warna pada bintik hitam ini disebabkan oleh pengumpulan melanin dalam kulit.

Promosi Gila Gempaq...

Dapatkan Set gila gempaq dan dapatkan free tiket Hi Tea di Bangi Golf Resort pada 8 Jun 2014.

Pembelian 3 barang :
1) Pure Marine Collagen 1 kotak
2) Reshaping Body Gel 100ml
3) One Solution 1 kotak

Harga untuk ejen RM200 
Harga bukan ejen RM250



Program Santai Spa


Berita baik. Pelancaran program "Santai Spa 1 & Santai Spa 2"


Berikut adalah jadualnya :

# Jumaat 6 Jun 2014 
8 pagi - 6 ptg ( Santai Spa 1)

# Jumaat 13 Jun 2014
8 pagi - 6 ptg ( Santai Spa 2)

# Jumaat 20 Jun 2014
8 pagi - 6 ptg ( Santai Spa 1)

# Jumaat 27 Jun 2014
8 pagi - 6 ptg ( Santai Spa 2)

Modul santai spa1 berkenaan rawatan facial selengkapnya dan modul santai spa2 berkenaan body massage selengkapnya.

Jerawat Di Usia Remaja


ATASI masalah JERAWAT untuk remaja !!!!


Jerawat adalah masalah yang dihadapi sebahagian besar remaja sekarang dan seringkali mengakibatkan gangguan emosi yang teruk. Sebagai ibubapa, kita perlulah mengetahui 
serba sedikit mengenai jerawat supaya kita boleh membantu mereka mengamalkan rejim penjagaan kulit yang sesuai dan meningkatkan kenyakinan diri mereka.

Jerawat adalah merupakan masalah kulit yang sering dialami pada zaman remaja. Sesetengah remaja berumur 13-17 tahun akan mengalami masalah jerawat kecil yang tidak sakit atau gatal. Jerawat kecil ini adalah disebabkan oleh liang roma tersumbat akibat kelenjar-kelenjar minyak menjadi sangat aktif kerana penghasilan dan perubahan hormon. Tanpa pembersihan dan penjagaan kulit yang rapi minyak , kuman dan kotoran akan terkumpul. Lama kelamaan ia akan 
menghindari minyak dan peluh keluar dengan lancar lalu menyebabkan pembentukan jerawat yang merah dan bengkak.

FAKTOR yang menyebabkan JERAWAT :
♥STRESS
Jerawat mudah timbul apabila seseorang mengalami tekanan berpanjangan. Para remaja yang sering berasa cemas dan sukar tidur sebelum peperiksaan lebih cenderung kepada pertumbuhan jerawat.

♥LIANG ROMA TERSUMBAT
Apabila liang roma mengeluarkan minyak Iia bercampur dengan sel-sel kulit mati lalu membentuk gumpalan yang menyekat liang-liang roma . Jika liang roma tidak dibersihkan dengan betul, gumpalan ini memerangkap bakteria sehingga menyebabkan radang dan seterusnya timbul jerawat.

Fasa Rawatan



Fasa ini melibatkan rawatan yang intensif. Yang mana anda perlu bersabar dan perlu berhubung dengan Doktor atau Beauty Consultant anda setiap 2 minggu atau setiap bulan. Anda akan dibekalkan dengan beberapa produk rawatan jerawat Seperti Calming Cleansing Milk, Calming Cleanser Rose, Essence Sebum Gel dan Sun Protection SPF50.

Anda mungkin juga dibekalkan dengan ubat Homeopathy atau Supplement. Pada fasa ini, mungkin jerawat akan keluar lebih banyak kerana produk yang diberi akan menyebabkan jerawat yang sedang menunggu giliran untuk keluar, akan keluar sebelum mengecut dan hilang sepenuhnya. Ianya dikenali sebagai proses Healing.

Pada fasa inilah ramai dari pelanggan akan berputus asa dan merasakan rawatan yang diberi tidak berkesan padahal pada masa inilah kulit anda sedang melalui proses yang betul yang mana proses pembersihan kulit dari dalam (Lapisan Dermis) sedang berlaku. Keadaan ini dapat dielakkan jika Beauty Consultant mengambil masa untuk menerangkan kepada pelanggan tentang kesan-kesan yang mungkin dialami akibat dari produk yang digunakan.