Majalah Dara.com

Tahniah sekali lagi buat Zarraz...

Dapatkan Majalah Dara.com edisi bulan Jan 2015 di pasaran.

Ada peraduan juga disertakan untuk anda semua dan 5 pemenang akan memenangi hadiah pakej badan dan facial bernilai RM600.

Jerawat Bukan Masalah

HIMPUNAN PETUA HILANGKAN JERAWAT.

Pelbagai cara digunakan untuk menghilangkan jerawat. Tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan dan paling utama kita berusaha, namun tuhan yang menentukan.

1) Hilangkan Jerawat Dengan Tomato.
~ Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2) Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis.
~ Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga guna air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapu ke seluruh muka sebelum masuk tido. Bilas dengan air bersih pada keesokkan paginya. Amalkan sekurang-kurangnyatiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit "panas" dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.

3) Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya.
~ Lendir lidah buaya (alor vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian,kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling penting, usaha ini hendaklah di.akukan secara berterusan.

4) Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi.
~ Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalamana/ sampai pagi kemudian baru dibilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.


Pusat Latihan Santai SPA























Modul Santai SPA 2

Santai SPA 2 

Tarikh : 26 Disember 2014


Modul Santai SPA 2 

# pembelajaran pakej seri pengantin

❤️ Urutan Badan (Sweedish full body massage)

❤️ Teknik lulur badan

❤️ Rawatan kelegaan akar rambut ( aunthentic hairworks)

❤️ Cara kendalikan mandi susu, bunga dan limau purut

❤️ Kendalikan mesin selimut panas berteknologi tinggi (slimming hot blanket)


Modul Santai SPA 1

Program Santai SPA 1 pada 20 Disember...jangan lepaskan peluang bagi anda yang ingin mempelajari di dalam bidang SPA/Mobile Spa.

Santai SPA 1 (Rawatan Facial)
Tempat : Zarraz Spa, No 36 jln suakasih 3/1, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.


Modul Santai SPA 1 :

LANGKAH RAWATAN FACIAL :

1) Radiant Facial
Sesuai untuk kulit biasa, kering, gabungan, kulit berparut, tona kulit tidak sekata, sunburn.

❤️ Calming Cleansing Milk
❤️ Firming Cleanser
❤️ Face scrubber gel
❤️ Hot steamer
❤️ Pemicitan
❤️ Urutan Muka
❤️ Urutan bahu
❤️ Penggunaan mesin ultrasonic. Salah satu serum iaitu :
- lightening serum (jeragat dan parut)
- DNA lifting / Collagen / multivitamin / tegang kulit
❤️ Mask serbuk : peppermint + black mud mask + lifting & firming powder gel + air tapis sejuk
❤️ Toner
❤️ I Moisturizer 
❤️ SPF50

Zarraz @ Fiesta Muslimah BH 2014

Tahniah Sekali lagi buat team Zarraz Paramedical

Pada 23 Nov 14 baru ni, team zarraz ada buka 1 booth di Fiesta Muslimah....tahniah pada mereka yang terlibat pada hari tersebut.



Keluar di Akbar Utusan Malaysia

Tahniah Zarraz Paramedical kerana produk yang semakin mendapat liputan meluas di dada akhbar. Ini sangat membanggakan dan meningkatkan lagi kepercayaan kepada orang ramai yang produk ini adalah produk yang selamat dan halal juga yg paling penting mendapat kelulusan KKM.

1) Utusan Malaysia 18 Nov 2014

Ruangan Spa bercerita tentang Zarraz Spa & Clinic.


Majalah Humaira

Dapatkan Majalah Humaira edisi bulan ini...cerita mengenai Zarraz Paramedical & Spa. Muka surat 73, 74 & 75.



Program Mobile Spa Zarraz - MARA di Sabah

Program Mobile Spa yang berlangsung dari 10 - 12 Oktober 2014 di Kota Kinabalu Sabah. Program ini adalah anjuran Zarraz Paramedical yang die sertai oleh golongan MARA di Sabah.

Program yang berlangsung terdiri dari belajar teknik pemasaran, bengkel kecantikan yang merangkumi pelajaran mengenai spa dan facial....sekaligus tentang analisa kulit.

Latihan dan bimbingan dari golongan professional iaitu team marketing Zarraz Paramedical, pengasas Pn.Ima Zara dan Suami Tn Zul dan juga Dr.Suraya.



Cabaran 90 hari nak kurus!!!


CABARAN 90 HARI: TURUN BERAT BADAN ......................................................................................................................
 Peraduan Testimoni Tiru Macam Saya ( 1 Oktober 2014 sehingga 31 Disember 2014 )   ~

PEMENANG UTAMA MENANG WANG TUNAI BERJUMLAH RM 3000 X 1 ORANG

PEMENANG BULANAN  PERTAMA– OKTOBER 2014 MENANG WANG TUNAI BERJUMLAH RM 300 X 3 ORANG

PEMENANG BULANAN KEDUA –NOVEMBER 2014  MENANG WANG TUNAI BERJUMLAH RM 300X 3 ORANG 

~ PEMENANG BULANAN KETIGA – DISEMBER 2014. MENANG WANG TUNAI BERJUMLAH RM300 X 3 ORANG  

 # Peraduan Testimoni Tiru Macam Saya. Sertai peraduan  Testimoni Tiru Macam Saya anjuran Zarraz Paramedical. Kami ingin membuktikan keberkesanan Exotic Slim Shot & Reshaping Body Gel yang diformulasikan oleh pakar kecantikan dan doktor kesihatan menggunakan  teknologi nano berasaskan bahan semula jadi mampu memberi kesan yang terbaik untuk anda.

Tahniah Zarraz

Tahniah buat Zarraz Paramedical dengan pelacaran produk terbaru. Dapatkan paper Insta..ada terkandung cerita pada hari perasmian tersebut yang berlangsung 13 sept 14 di hq Zarraz, Balakong.




Hari bersama Zarraz dan pelancaran produk

13 September 14....hari bersejarah buat Zarraz Paramedical iaitu pelancaran 2 lagi produk terbaru iaitu Exotic Slim Shot dan Reshaping Body Gel yang telah berada di pasaran. Dapatkan Exotic Slim Shot dengan harga promosi sementara masih ada...harga yang sangat murah dan berbaloi...rasanya pun sedap..





Pelancaran Produk Zarraz Paramedical

Assalamualaikum & Salam sejahtera Tuan/Puan/ Cik .
Jemputan  VIP bersama ZARRAZ DAY’S semperna pelancaran Produk baru  Zarraz Slim Shot & Zarraz Reshaping Gel , pada 13/09/2014 jam 2.00 petang  di  Excellent Hall,HQ Zarraz Paramedical. Istimewa untuk anda .
Dapatkan Zarraz Slim Shot dengan harga PROMOSI GILER  rm 50 untuk 1 kotak Zarraz Slim Shot.  15 Shacet. Harga ejen dalam  sistem RM119 hanya di jual di HQ & tidak melalui sistem zarraz. Pembelian terbuka kepada semua ejen dan bukan ejen Zarraz pada hari tersebut. Tiada had pembelian. PERCUMA  daftar akaun RUBY pada hari tersebut kepada yg bukan ejen. Terhad kepada 100 org sahaja. Dengan syarat pembelian minimum 1 kotak Zarraz slim shot.
Peraduan Beli & Menang Pakej Utama  2x ke Bali yang akan berakhir 31/8/2014 akan dilanjutkan ke 30/9/2014. Dengan Belian Zarraz Reshaping gel  dan zarraz slim shot. Dapatkan sticker nombor  pada produk tersebut untuk melayakkan memenangi hadiah cabutan. Anda diminta memakai pakaian yg kemas & cantik untuk program photo shoot dan rakaman liputan media massa.
Agenda Program
1.30-2.00 petang : Ketibaan Tetamu
2.00-2.30 petang: Ketibaan VIP
2.30-3.00 petang: Aluan MC & Ucapan pembukaan
3.00-3.30 petang: Majlis perasmian  & pelancaran Zarraz Slim Shot & Zarraz Rehaping Body Gel oleh                      
                                Pn Ima Zara.
3.30-4.00 petang: sesi perkongsian dari Pn Ima.
4.00-4.30 petang: Sesi perkongsian Peluang business Online dari Tetamu Jemputan.
4.30-5.00 petang: Sesi Fotografi & temuramah.
5.00-6.00 petang : Jamuan ringan & sesi networking
6.00 petang :        MAJLIS TAMAT

Nantikan !!!

13 Sept 2014...satu lagi produk terbaru Zarraz Paramedical yang dilancarkan iaitu Exotic Slim Shot...produk slimming yang boleh menurunkan berat badan anda dengan rasa yang enak...pasti semua akn menyukainya.

Beli & Menang

Jom dapatkan Reshaping Body Gel...kerana hadiah menarik sedang menanti pemenang yang bertuah melalui no siri yang terdapat pada botol Reshaping Body Gel.

Sun Protection 50 (SPF50)


Zarraz Paramedical mempunyai 2 jenis SPF50 iaitu :

1) SPF 50
2) SPF 50 ( Acne & Sensitive Skin)

Sun Protection SPF-50 sebenarnya adalah 'All In One' kerana ia mempunyai banyak kelebihan selain sebagai agen perlindungan matahari yang paling berkesan melindungi kulit 500 minit di bawah cahaya matahari. Dengan kandungan 3 gabungan khasiat iaitu vitamin E, bunga matahari dan jojoba ia juga bertindak sebagai perlindungan anti-oksida yang kuat. Mengandungi khasiat nutrisi di dalam raspberry yang mempunyai Anthocyanins membuatkan usia lebih muda 4 tahun juga anti-kanser.

Oleh itu Sun Protection SPF-50 dari Zarraz Paramedical ini adalah amat sesuai untuk kegunaan semua orang dari semua peringkat umur dan terutamanya kepada mereka yang sangat sibuk. Ia mampu memberi perlindungan menyeluruh, melembapkan kulit, menyamarkan kesan cela atau parut dan melambatkan proses penuaan.

Mengatasi Masalah Kulit Sensitif




Salah satu tanda kulit sensitif adalah kulit terasa gatal dan menjadi merah, terutamanya pada bahagian pipi, hidung dan dagu. Selain itu, sering juga diiringi dengan timbulnya jerawat, kulit kering, dan rasa pedih.

Selalunya kulit sensitif ini sangat peka dengan perubahan suhu dan bahan-bahan kosmetik tertentu dimana keadaan ini mengganggu kesihatan kulit.

Penggunaan beberapa jenis kosmetik yang mungkin mengandungi bahan aktif yang tidak sesuai dengan kulit, dengan penggunaan kosmetik yang terlalu berlebihan dan penggunaan dalam jangka masa panjang juga menggalakkan kulit menjadi sensitif.

Mereka yang mempunyai kulit normal juga tidak mustahil untuk berubah menjadi kulit sensitif jika sering berlebihan menggunakan produk-produk pengelupasan kulit dalam jangka masa panjang. Di mana lapisan kulit akan menjadi semakin nipis.

Akibat sering terdedah dengan sinaran UV daripada pancaran cahaya matahari dan bahan makanan tertentu juga boleh menjadi penyebab kulit sensitif . Sewaktu kulit terkena pancaran cahaya matahari yang terik, pembentukan struktur kolagen pada kulit menjadi tidak sempurna. Begitu juga dengan pigment dan melanin kulit yang membuat proses penuaan terjadi lebih awal sehingga kulit menjadi sensitif.

Sensitiviti kulit juga sering kali muncul akibat pengambilan bahan makanan tertentu. Mungkin badan seseorang itu alah pada sesuatu bahan makanan dan akan berlaku penolakan tubuh. Misalnya makanan pedas, makanan atau minuman yang mengandungi koko, cuka, kafein, alkohol dan sebagainya

Packaging Baru

Memperkenalkan 'packaging' baru Zarraz Paramedical yang dilancarkan pada 8 Jun 14 semasa Hi tea di Bangi Golf Resort.

Lebih Besar Lebih Puas!!!!!


Dulu 50 ml, tapi sekarang 120 ml 
a) Calming Cleansing Milk
b) Calming Cleansing Rose
c) Firming Cleanser
d) Refreshing Hydrating Lotion


Dulu 20 ml, sekarang 30 ml :
a) I-Moisturizer
b) Stem Cell Serum
c) Essence Sebum Gel
d) SPF50
e) SPF50 Acne & Sensitive
f) Stem Cell Sleeping Gel


Produk terbaru - Reshaping Body Gel

Nantikan !!!!!


Ada apa pada 8 Jun ni pada hari Ahad....sama -sama kita nantikan....semestinya berita yang sangat gembira buat anda di luar sana.

Tak sabar? Sabar ye lagi 2 hari anda akan dapat jawapannya.....

Pure Marine Collagen Zarraz Paramedical


Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.


Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I : terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II : tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III : reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  • Kolagen IV : membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V : permukaan sel, rambut dan uri.

Kelebihan SPF50 Zarraz Paramedical



Sun Protection SPF-50 sebenarnya adalah 'All In One' kerana ia mempunyai banyak kelebihan selain sebagai agen perlindungan matahari yang paling berkesan melindungi kulit 500 minit di bawah cahaya matahari. Dengan kandungan 3 gabungan khasiat iaitu vitamin E, bunga matahari dan jojoba ia juga bertindak sebagai perlindungan anti-oksida yang kuat. Mengandungi khasiat nutrisi di dalam raspberry yang mempunyai Anthocyanins membuatkan usia lebih muda 4 tahun juga anti-kanser.

Oleh itu Sun Protection SPF-50 dari Zarraz Paramedical ini adalah amat sesuai untuk kegunaan semua orang dari semua peringkat umur dan terutamanya kepada mereka yang sangat sibuk. Ia mampu memberi perlindungan menyeluruh, melembapkan kulit, menyamarkan kesan cela atau parut dan melambatkan proses penuaan.

Kelebihan utama produk :

  • Medium anti-oksidan terbaik.
  • Melindungi kulit anda daripada UVA & UVB selamat 500 minit.
  • Membunuh sel penyakit ekzema, psoriasis dan sel kanser.
  • Jaminan kulit kelihatan muda 4 tahun dari sebelum.
  • Pertumbuhan kulit baru. Menghilangkan freckles, pigmentasi TANPA sakit dan TANPA ada kesan buruk.
  • Kaya dengan Glycolic Acid & Ellagic Acid (Anti-kanser)

Bengkel Zarraz di Sabah

Salam semua....



Ini adalah gambar-gambar yang ingin saya kongsi ketika bengkel kecantikan yang berlangsung di Sabah pada 24 Mei 2014 hari sabtu.

Alhamdullilah..tahniah buat team Zarraz Paramedical kerana menerima seramai 100++ pengunjung. Makin ramai telah sedar akan menjaga kecantikan kulit dengan mengunakan bahan semulajadi.

Kerana anda semua perlu tahu Zarraz Paramedical adalah produk gabungan Ayurveda + Homeopathy + Reverse Anti Aging. Ia adalah berbeza dari skin care yang banyak jual di pasaran kerana produk ini adalah produk rawatan.

Program Smart Mobile SPA (SMS)

Program SMS batch ke 4 dan yang terakhir yang saya sertai pada 10 & 11 Mei 2014. Untuk batch yang ke 4 ni...kami semua 15 peserta yang terlibat. 

Kerana apa saya menyertai program ini??

Pertama sekali kerana saya memang minat dalam bidang ni...dari dulu lagi memang saya berangan klu ada peluang...memang saya nak menuntut ilmu pasal bidang ni seperti facial terutamanya. Program ini bukan semata-mata kita belajar facial saja...tapi ada juga belajar teknik2 urutan muka, plan pemasaran offline dan online dan cara menggunakan scanner kulit...dan belajar tentang kulit.

Setelah tamat kursus 2 hari ni....bukan berhenti di situ sahaja....kita akan di pantau dari segi kelas susulan iaitu coaching class selama 6 bulan supaya kami benar- benar mahir dalam bidang ini.

Saya pun setelah tamat kursus itu hari....saya telah bergerak ke sana ke mari untuk biz Mobile Spa ni....alhamdullilah kebanyakkan pelanggan-pelanggan saya sangat berpuashati dengan servis yang saya berikan.

Harapan saya....dengan adanya minat terhadap bidang ini....walau di mana saja saya berada dan akan pergi....saya tetap akan melakukannya.

Jenis Jerawat dan Cara Mengatasinya





BINTIK PUTIH (White Head)
Bintik putih atau white head merupakan comedon tertutup di mana liang yang tersumbat berada di bawah permukaan kulit dan menyebabkan dinding folikel tidak pecah. Bintik putih terbentuk di atas atau di bawah kulit dan akan timbul sebagai benjol berwarna kulit atau sedikit bengkak yang kemerah-merahan. Keradangan akne berlaku apabila bintik putih dijangkiti oleh bakteria dan menyebabkan ianya membengkak.

BINTIK HITAM (Black Head)
Bintik hitam atau black head merupakan comedon terbuka yang terbentuk apabila kulit mati dan sebum yang tersumbat menjadi padat di dalam folikel, dimana dinding kulit telah pecah. Bintik hitam akan berlaku apabila liang yang tersumbat ini membesar dan terbenjol keluar dari rongganya. Minyak dan sel kulit menyebabkan kulit kelihatan comot walaupun ia bukan kotoran. Warna pada bintik hitam ini disebabkan oleh pengumpulan melanin dalam kulit.

Promosi Gila Gempaq...

Dapatkan Set gila gempaq dan dapatkan free tiket Hi Tea di Bangi Golf Resort pada 8 Jun 2014.

Pembelian 3 barang :
1) Pure Marine Collagen 1 kotak
2) Reshaping Body Gel 100ml
3) One Solution 1 kotak

Harga untuk ejen RM200 
Harga bukan ejen RM250



Program Santai Spa


Berita baik. Pelancaran program "Santai Spa 1 & Santai Spa 2"


Berikut adalah jadualnya :

# Jumaat 6 Jun 2014 
8 pagi - 6 ptg ( Santai Spa 1)

# Jumaat 13 Jun 2014
8 pagi - 6 ptg ( Santai Spa 2)

# Jumaat 20 Jun 2014
8 pagi - 6 ptg ( Santai Spa 1)

# Jumaat 27 Jun 2014
8 pagi - 6 ptg ( Santai Spa 2)

Modul santai spa1 berkenaan rawatan facial selengkapnya dan modul santai spa2 berkenaan body massage selengkapnya.

Jerawat Di Usia Remaja


ATASI masalah JERAWAT untuk remaja !!!!


Jerawat adalah masalah yang dihadapi sebahagian besar remaja sekarang dan seringkali mengakibatkan gangguan emosi yang teruk. Sebagai ibubapa, kita perlulah mengetahui 
serba sedikit mengenai jerawat supaya kita boleh membantu mereka mengamalkan rejim penjagaan kulit yang sesuai dan meningkatkan kenyakinan diri mereka.

Jerawat adalah merupakan masalah kulit yang sering dialami pada zaman remaja. Sesetengah remaja berumur 13-17 tahun akan mengalami masalah jerawat kecil yang tidak sakit atau gatal. Jerawat kecil ini adalah disebabkan oleh liang roma tersumbat akibat kelenjar-kelenjar minyak menjadi sangat aktif kerana penghasilan dan perubahan hormon. Tanpa pembersihan dan penjagaan kulit yang rapi minyak , kuman dan kotoran akan terkumpul. Lama kelamaan ia akan 
menghindari minyak dan peluh keluar dengan lancar lalu menyebabkan pembentukan jerawat yang merah dan bengkak.

FAKTOR yang menyebabkan JERAWAT :
♥STRESS
Jerawat mudah timbul apabila seseorang mengalami tekanan berpanjangan. Para remaja yang sering berasa cemas dan sukar tidur sebelum peperiksaan lebih cenderung kepada pertumbuhan jerawat.

♥LIANG ROMA TERSUMBAT
Apabila liang roma mengeluarkan minyak Iia bercampur dengan sel-sel kulit mati lalu membentuk gumpalan yang menyekat liang-liang roma . Jika liang roma tidak dibersihkan dengan betul, gumpalan ini memerangkap bakteria sehingga menyebabkan radang dan seterusnya timbul jerawat.

Fasa Rawatan



Fasa ini melibatkan rawatan yang intensif. Yang mana anda perlu bersabar dan perlu berhubung dengan Doktor atau Beauty Consultant anda setiap 2 minggu atau setiap bulan. Anda akan dibekalkan dengan beberapa produk rawatan jerawat Seperti Calming Cleansing Milk, Calming Cleanser Rose, Essence Sebum Gel dan Sun Protection SPF50.

Anda mungkin juga dibekalkan dengan ubat Homeopathy atau Supplement. Pada fasa ini, mungkin jerawat akan keluar lebih banyak kerana produk yang diberi akan menyebabkan jerawat yang sedang menunggu giliran untuk keluar, akan keluar sebelum mengecut dan hilang sepenuhnya. Ianya dikenali sebagai proses Healing.

Pada fasa inilah ramai dari pelanggan akan berputus asa dan merasakan rawatan yang diberi tidak berkesan padahal pada masa inilah kulit anda sedang melalui proses yang betul yang mana proses pembersihan kulit dari dalam (Lapisan Dermis) sedang berlaku. Keadaan ini dapat dielakkan jika Beauty Consultant mengambil masa untuk menerangkan kepada pelanggan tentang kesan-kesan yang mungkin dialami akibat dari produk yang digunakan.