Tips " Do & Don't"


Tips untuk hari ini.... 

'Do & Don't" dalam menjaga kulit wajah kita. Adakah anda lakukan perkara larangan dalam menjaga kulit? Mungkin ya....mungkin tak...anda sendiri tak pasti.

Apa lagi...jom kita semak dan baca sama-sama.

Don't

1.  Scrub muka yang berjerawat dan sensitif
(ia akan mengakibatkan jerawat tumbuh baru)

2.   Picit jerawat dengan kuku
(mengakibatkan parut hitam)

3.  Tepek bedak muka banyak-banyak untuk tutup minyak muka.
(mengakibatkan pori-pori muka tersumbat lalu akan keluar jerawat halus dan kulit yang kasar dan tidak sekata)

4.   Menggunakan pencuci muka yang ada banyak buih dan teknik cucian yang salah.
(mengakibatkan kulit tegang kerana tahap pelembapan muka ditarik perlahan-lahan dan kulit tidak 'firm'

5.  Banyak minum yang bergas dan manis setiap hari.

6.  Makan coklat, pedas yang berlebihan.
(khas untuk kulit orang berminyak....boleh naik lagi jerawat anda)


Do

1.   Gunakan scrub jenis " Exfoliating "
(scrub yang halus tiada bijian kasar untuk kulit bermasalah)

2.   Steam muka dengan air panas + picit jerawat dengan jari yang dibaluti tisu dan sapu essence sebum gel

3.   Untuk menutup pori muka & mengurangkan minyak pada muka,
a) sapukan air batu di wajah
b) gunakan spf50 acne & sensitive
c) bila panas, tepek minyak muka dengan kertas penyerap minyak

4.   Gunakan pencuci muka jenis gel dan tiada@ kurang buihnya. Amalkan cara basuh muka betul.

5.   Amalkan minum 8 gelas 1 hari air putih

6.   Makan buahan, sayuran dan lakukan "juicing" jika dapat. Itu yang terbaik.

No comments:

Post a Comment