Fasa Rawatan



Fasa ini melibatkan rawatan yang intensif. Yang mana anda perlu bersabar dan perlu berhubung dengan Doktor atau Beauty Consultant anda setiap 2 minggu atau setiap bulan. Anda akan dibekalkan dengan beberapa produk rawatan jerawat Seperti Calming Cleansing Milk, Calming Cleanser Rose, Essence Sebum Gel dan Sun Protection SPF50.

Anda mungkin juga dibekalkan dengan ubat Homeopathy atau Supplement. Pada fasa ini, mungkin jerawat akan keluar lebih banyak kerana produk yang diberi akan menyebabkan jerawat yang sedang menunggu giliran untuk keluar, akan keluar sebelum mengecut dan hilang sepenuhnya. Ianya dikenali sebagai proses Healing.

Pada fasa inilah ramai dari pelanggan akan berputus asa dan merasakan rawatan yang diberi tidak berkesan padahal pada masa inilah kulit anda sedang melalui proses yang betul yang mana proses pembersihan kulit dari dalam (Lapisan Dermis) sedang berlaku. Keadaan ini dapat dielakkan jika Beauty Consultant mengambil masa untuk menerangkan kepada pelanggan tentang kesan-kesan yang mungkin dialami akibat dari produk yang digunakan.


Namun bukan semua orang akan mengalami kesan sebegini. Bagi mereka yang pernah menggunakan bermacam-macam produk lebih dari 4 jenis produk sebelum ini, kemungkinan besar kulit anda akan mengalami kesan sebegini. Begitu juga bagi mereka yang pernah menggunakan produk pengelupasan, atau produk yang mempunyai hidrokuinon dan merkuri. Walaupun produk tersebut telah digunakan 10 tahun yang lepas, namun kesan kimia itu kekal mendap di dalam kulit.

Sebab itu, kenapa jika lelaki yang menggunakan sebarang produk, jarang sekali mengalami masalah jerawat bertambah banyak semasa dalam fasa rawatan, ini kerana lelaki biasanya kurang menggunakan produk-produk kecantikan di luar sana. Mungkin paling banyak pun 2 jenis pencuci muka sahaja yang pernah digunakan.

Pada pengalaman saya, pelanggan akan faham dan meneruskan rawatan walaupun terdapat kesan proses healing yang memang dijangkakan, jika mereka tahu dan faham apa yang akan berlaku (what to expect). Perlu saya tekankan, jika rawatan anda memerlukan pengambilan Supplement dan Treatment dalam Fasa Rawatan, anda perlu mengambil Treatment sekurang-kurangnya 2 BULAN untuk melihat kesan Treatment tersebut.

Jangan mengharapkan perubahan dalam masa 1 bulan . Jika anda merasakan tidak sanggup melakukan demikian, lebih baik anda hanya merawat dari luaran sahaja dan memberitahu Beauty Consultant anda yang anda tidak sanggup melakukannya.
Bagi mereka yang konsisten mengikut arahan Beauty Consultant, InsyaAllah, anda akan dapat melihat perubahan dalam masa 2-3 bulan. Dari pengalaman saya, respon yang paling cepat saya lihat adalah dalam masa 2 minggu dan yang paling lama adalah 5 bulan.
Perlu diingat, jangkamasa ini adalah hanya untuk mengawal jerawat yang aktif. Tempoh ini belum termasuk rawatan parut jerawat.
Setelah tiada lagi jerawat baru tumbuh dalam jangkamasa 2 bulan dan sebahagian besar parut jerawat telah dirawat, maka anda sekarang boleh berpindah ke fasa kedua , iaitu Fasa Pengawalan (Maintainance Phase). Secara ringkas, Fasa Rawatan boleh mengambil masa 5-6 bulan. Agak lama, bukan? Tetapi sebenarnya tidak lama jika dibandingkan dengan tempoh anda menghidapi masalah jerawat yang mungkin telah mengambil masa 5-10 tahun.

Fasa Pengawalan
Fasa ini adalah merupakan fasa dimana anda tidak lagi mempunyai jerawat yang aktif tumbuh dengan banyaknya. Sebulan mungkin 1-2 jerawat sahaja yang muncul. Itu adalah normal. Pada fasa ini, saya selalunya akan memberikan sistem penjagaan kulit yang paling ringkas yang sesuai bagi anda kerana fasa ini memerlukan disiplin dan kesanggupan yang luarbiasa.

Fasa pengawalan ini akan berterusan selama bertahun-tahun. Oleh itu ianya perlulah seringkas yang mungkin. Saya biasanya memastikan yang anda hanya akan menggunakan 2-3 langkah untuk malam dan pagi. Mungkin anda boleh teruskan dengan penggunaan produk Firming Cleanser, Refreshing Hydrating Lotion, Essence Sebum Gel dan Sun Protection SPF50 sahaja.

Tapi AWAS ! Walaupun ianya ringkas, pada fasa inilah pengguna selalunya GAGAL. Seperti yang saya terangkan, ia memerlukan kesanggupan dan kesabaran sert disiplin yang padu dan konsisten.

Kesimpulannya di sini, jika anda ingin mendapatkan kulit idaman, perlulah sabar, rajin dan konsisten dengan penggunaan produk dan perlulah kerap berhubung dengan Beauty Consultant anda.


No comments:

Post a Comment