Jerawat Di Usia Remaja


ATASI masalah JERAWAT untuk remaja !!!!


Jerawat adalah masalah yang dihadapi sebahagian besar remaja sekarang dan seringkali mengakibatkan gangguan emosi yang teruk. Sebagai ibubapa, kita perlulah mengetahui 
serba sedikit mengenai jerawat supaya kita boleh membantu mereka mengamalkan rejim penjagaan kulit yang sesuai dan meningkatkan kenyakinan diri mereka.

Jerawat adalah merupakan masalah kulit yang sering dialami pada zaman remaja. Sesetengah remaja berumur 13-17 tahun akan mengalami masalah jerawat kecil yang tidak sakit atau gatal. Jerawat kecil ini adalah disebabkan oleh liang roma tersumbat akibat kelenjar-kelenjar minyak menjadi sangat aktif kerana penghasilan dan perubahan hormon. Tanpa pembersihan dan penjagaan kulit yang rapi minyak , kuman dan kotoran akan terkumpul. Lama kelamaan ia akan 
menghindari minyak dan peluh keluar dengan lancar lalu menyebabkan pembentukan jerawat yang merah dan bengkak.

FAKTOR yang menyebabkan JERAWAT :
♥STRESS
Jerawat mudah timbul apabila seseorang mengalami tekanan berpanjangan. Para remaja yang sering berasa cemas dan sukar tidur sebelum peperiksaan lebih cenderung kepada pertumbuhan jerawat.

♥LIANG ROMA TERSUMBAT
Apabila liang roma mengeluarkan minyak Iia bercampur dengan sel-sel kulit mati lalu membentuk gumpalan yang menyekat liang-liang roma . Jika liang roma tidak dibersihkan dengan betul, gumpalan ini memerangkap bakteria sehingga menyebabkan radang dan seterusnya timbul jerawat.


♥KITAR HAID
Sesetengah perempuan biasa mengalami masalah jerawat seminggu sebelum period, oleh kerana perubahan hormon.

TIP UNTUK MELAWAN JERAWAT.
1) Dapatkan tidur dan rehat yang secukupnya.
2) Kurangkan makanan yang berminyak, terlalu manis atau bergoreng. Banyakkan minum air dan pengambilan buah-buahan dan sayuran.
3) Jaga kebersihan kulit kerana kulit yang kotor lebih mudah menyebabkan pertumbuhan jerawat.
4) Elakkan kosmetik yang mengadungi minyak mineral kerana Iia boleh menyebabkan kulit berminyak bila berpeluh, liang tersumbat dan radang pada liang.
5) Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

KUNCI UTAMA MENGATASI JERAWAT DENGAN ZARRAZ PARAMEDICAL :

♥ Calming Cleansing Milk
Membersih muka secara menyeluruh dan gosok perlahan. Biarkan selama 3-5 minit untuk kesan penyembuhan yang cepat.

♥ Sun Protection 50 (SPF50) Acne & Sensitive Skin
Selepas muka dah dicuci dan dibilas bersih, anda harus pakai spf50 tuk melindungi sinaran matahari dan lindung dari habuk dan kekotoran di luar rumah. Fungsi spf50 bukan hanya melindungi tapi sekaligus merawat masalah seperti jerawat, jeragat, eczema dan masalah kulit yg lain.

No comments:

Post a Comment