Jenis Jerawat dan Cara Mengatasinya





BINTIK PUTIH (White Head)
Bintik putih atau white head merupakan comedon tertutup di mana liang yang tersumbat berada di bawah permukaan kulit dan menyebabkan dinding folikel tidak pecah. Bintik putih terbentuk di atas atau di bawah kulit dan akan timbul sebagai benjol berwarna kulit atau sedikit bengkak yang kemerah-merahan. Keradangan akne berlaku apabila bintik putih dijangkiti oleh bakteria dan menyebabkan ianya membengkak.

BINTIK HITAM (Black Head)
Bintik hitam atau black head merupakan comedon terbuka yang terbentuk apabila kulit mati dan sebum yang tersumbat menjadi padat di dalam folikel, dimana dinding kulit telah pecah. Bintik hitam akan berlaku apabila liang yang tersumbat ini membesar dan terbenjol keluar dari rongganya. Minyak dan sel kulit menyebabkan kulit kelihatan comot walaupun ia bukan kotoran. Warna pada bintik hitam ini disebabkan oleh pengumpulan melanin dalam kulit.


PAPULES
Berwarna merah, sedikit benjol dan bengkak. Papules selalunya timbul dalam keadaan bengkak dan keras yang besarnya kurang dari 5mm.

PUSTULES
Berbentuk kubah, bengkak seperti papules tetapi lebih sensitive. Ia disebabkan oleh nanah yang terkumpul akibat dari campuran sel-sel darah putih, kulit mati dan jangkitan bakteria. Nanah yang terkumpul di dalam akne ini boleh kelihatan di dalam kulit. Pustules yang sembuh tanpa bertukar menjadi cysts, biasanya tidak meninggalkan parut.


CYSTS
Cysts adalah benjolan tertutup yang boleh menjadi sebesar manik dan sangat sakit. Ia lebih besar daripada pustules dan terjadi jauh ke dalam lapisan kulit, ia boleh merosakkan struktur tisu kulit dan menyebabkan parut. Mencuci muka secara berlebihan akan hanya memburukkan dan melambatkan lagi proses pemulihan kulit.

CARA MENGATASINYA:
  • Bagi memperolehi kulit cantik, langkah pencucian adalah amat penting. Pilihan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit amat penting supaya ia tidak akan menyebabkan liang roma tersumbat. Tanpa penjagaan yang yang baik boleh mengakibatkan jangkitan mikro yang akhirnya akan bertukar menjadi akne. Bagi anda yang mengalami masalah akne seharusnya menggunakan pelembap yang berbentuk gel atau losyen atau krim yang ringan kerana pelembap jenis ini adalah lebih mudah meresap dan tidak akan membuatkan liang tersumbat.
  • Pastikan anda menggunakan tuala muka yang bersih setiap kali anda mencuci muka bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria pada kain yang lembap.
  • Jika jerawat anda lebih tertumpu pada bahagian dagu dan rahang, telefon anda mungkin puncanya. Bersihkan gagang telefon dengan alkohol atau hydrogen peroxide.
  • Gunakan pencuci muka yang ringan dan yang tidak meninggalkan sisa pada kulit.
  • Jangan selalu menyentuh wajah anda kerana ini boleh menyebarkan bakteria di muka anda dan menyebabkan akne.
  • Seeloknya anda berpantang daripada mengambil kekacang dan makanan laut seperti udang, ketam dan sotong.
  • Lebihkan minum air kosong, makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Lebih baik kalau dapat keluarkan peluh setiap hari dengan membuat sedikit pergerakan atau senaman.

No comments:

Post a Comment